Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


MEMANCING PUYU DISAWAH
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
MEMANCING PUYU DISAWAH



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 9-Sep-2005 00:00
MEMANCING IKAN PUYU
Puyu atau betuk adalah sejenis ikan yang dikategorikan sebagai labirin (labyrinth). Ikan jenis ini mempunyai organ khas bagi membolehkannya bernyawa walaupun tidak berada dalam air.

Disebabkan keistimewaan ini, puyu hanya memerlukan sedikit kelembapan untuk terus hidup. Ikan puyu dapat bergerak dari satu kolam ke satu kolam yang lain dengan bergerak di atas tanah pada waktu malam atau selepas hujan.

Ketika kemarau, ikan puyu mampu menyorokkan diri dalam lumpur dan akan keluar semula apabila lumpur itu ditenggelami air.

Ikan puyu boleh didapati di sawah padi, terusan, parit, tasik, kolam dan paya. Puyu boleh membesar sehingga 25 cm. Puyu betina lebih gemuk dan montok daripada jantan.

Cara memancing

Ikan puyu boleh dipancing menggunakan umpan cacing, belalang, ulat pisang dan pepatung. Ketika kecil, saya pernah memancing ikan puyu menggunakan telur kerengga dan hirisan hati ayam. Untuk memancing ikan puyu kita perlu menggunakan mata kail yang kecil daripada saiz 11.

Tali untuk ikan puyu tidak perlu berat tetapi mencukupi dengan tali 6 paun dan joran ‘ultra light’ kekuatan 4 hingga 10 paun.

Untuk memancing ikan puyu, saya syorkan pelampung jenis ‘round plastic float’ atau ‘pencil float’ daripada jenis panjang atau membujur. Ikan puyu selalunya makan di dasar dan pertengahan air. Sekiranya memancing di dasar, anda disyor menggunakan ‘split shot’ beberapa biji untuk menenggelamkan umpan. Bagi perambut pula seperti di rajah diatas.

SUMBER: JORAN (BERITA HARIAN)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016