Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


IKAN PEKASAM
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
IKAN PEKASAM
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 14-Sep-2005 00:00
IKAN PEKASAM
Ikan Pekasam Makin Dapat Sambutan

Oleh Mohd Zabidi Osman

LENGGONG, 14 Ogos (Bernama) -- Bagi para penggemarnya, bau busuk yang dikaitkan dengan ikan pekasam, tidak menimbulkan masalah apabila ikan air tawar peram itu dijadikan hidangan.

Namun bau itu kurang menyenangkan bagi sesetengah orang dan masalah sama pernah dihadapi para pengusaha keropok lekor di Pantai Timur semasa cuba menerokai pasaran di kawasan Pantai Barat beberapa tahun lepas.

Usaha mengurangkan bau ikan pekasam itu adalah antara kajian yang akan dijalankan Pusat Pekasam Negara yang bakal diwujudkan di Kampung Kelantan di sini.

"Dulu bau keropok lekor menimbulkan masalah kepada sesetengah orang tetapi apabila ia dapat diatasi, pasarannya telah dapat diperluaskan.

"Kami yakin ikan pekasam juga akan dapat diperluaskan pasarannya dan lebih mudah menarik minat orang ramai untuk memakannya apabila masalah bau itu diatasi," kata Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Bercakap kepada pemberita semasa melawat daerah Lenggong baru-baru ini, beliau berkata pusat pekasam di tapak seluas kira-kira 5 hektar itu akan dibangunkan dengan kos RM5 juta oleh Jabatan Perikanan.

Pusat itu akan dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan dan mesin canggih membuat pekasam termasuk memperkenalkan pembungkusan yang lebih menarik dan pengurusan pemasaran yang mantap.

Antara kajian terpenting yang akan dijalankan oleh pusat itu adalah bagi meningkatkan mutu ikan pekasam dan menghilangkan baunya, kata Menteri Besar.

Ikan pekasam telah lama dihasilkan di kawasan ini oleh para pengusaha tradisional yang menjalankan operasi di rumah dan hasil pengeluaran mereka dipasarkan di Pusat Rekreasi Tasik Raban dan gerai-gerai jualan di pekan Lenggong.

Ikan pekasam yang dihasilkan di Lenggong ialah pekasam ikan pucuk pisang, lampam jawa, sepat, loma, patin, puyu, dan talapia merah.

Terdapat 16 orang pengusaha ikan pekasam tradisional yang aktif di sekitar Lenggong dan purata pengeluaran para pengusaha itu ialah kira-kira 5,000 kilogram sebulan.

Bagi para pengusaha terbabit, cadangan kerajaan mewujudkan pusat berkenaan sangat dinantikan kerana ia diyakini dapat membantu meningkatkan lagi perniagaan mereka.

Seorang pengusaha, Zahidin Osman, 44, berkata jika bau pekasam dapat dikurangkan, beliau yakin permintaan akan lebih meningkat terutama daripada pengguna di bandar besar.

"Sekarang pun kami lihat ikan pekasam sudah mula mendapat tempat di kalangan pembeli bukan Melayu, jika mutu ikan dan pembungkusannya lebih baik, saya yakin lebih mudah dijual," katanya.

Zahidin yang mengusahakan ikan pekasam sepenuh masa bersama isterinya Hamimah Ismail, berkata berniaga ikan pekasam memang menguntungkan terutama bagi pengusaha yang menternak ikan dalam sangkar seperti beliau.

Seorang peniaga Hata Abdullah, 35, berkata ikan pekasam yang dihasilkan di Lenggong bukan sahaja dibeli oleh pelawat tetapi kini turut dihantar kepada peniaga hingga ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata proses membuat ikan pekasam mengambil masa kira-kira dua minggu kerana ikan yang digaul dengan garam dan beras itu perlu diperam terlebih dahulu.

-- BERNAMA

© Pidgin Technologies Ltd. 2016