Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


ARWAH PANDAI MEMASAK
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
ARWAH PANDAI MEMASAK



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 23-Nov-2005 00:00
KERATAN AKHBAR : DATIN SERI ENDON DALAM KENANGAN......ALFATIHAH
Ikan pekasam goreng Allahyarham istimewa

PUTRAJAYA: “Datin Seri sangat ceria dan ketawa selepas pulang dari Hospital Putrajaya, tiba-tiba beliau sudah tiada, memang mengejut dan menyedihkan,” kata seorang pegawai di Unit Komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, mereka menghantar bunga dan kad apabila Allahyarham pulang semula ke Seri Perdana dari Hospital Putrajaya, petang Isnin lalu.

“Sebenarnya, kami amat rindukan masakan Datin Seri, beliau memang pandai masak dan itulah antara kata-kata yang kami tulis dalam kad itu,” katanya.

Antara masakannya yang turut digemari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah ikan pekasam goreng.

Walaupun ikan terbabit dibeli tetapi cara Allahyarham menggoreng cukup istimewa dan menjadikannya begitu lazat.
Beliau yang menjadi antara pegawai Pejabat Perdana Menteri terawal tiba di Seri Perdana berkata, Perdana Menteri kelihatan cukup tenang.

“Ketika saya tiba kira-kira jam 8 pagi, saya lihat Tun Dr Mahathir berada bersama Pak Lah, beliau orang kenamaan dan kenalan terawal tiba,” katanya.

Beliau berkata, ketenangan Abdullah jelas ketara dan masih mampu mengarahkannya mengaturkan apa yang perlu sebagai persiapan pengebumian.

“Saya sangat sedih melihat keadaan Pak Lah, beliau cukup tenang, tetapi dalam hati Tuhan saja tahu,” katanya sedih.

Apapun, katanya, semua ahli keluarga Abdullah, termasuk mentuanya, Datin Mariam Abdullah berada di sisi ketika Endon menghembuskan nafas terakhir.

SUMBER: Harian Metro 21.10.2005
GAMBAR: THE STAR

© Pidgin Technologies Ltd. 2016