Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


IKAN PUYU
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
IKAN PUYU
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 24-Nov-2005 00:00
NOSTALGIA MEMANCING PUYU
PETIKAN PENGALAMAN SEORANG BLOGGER - MARTS
UNTUK ARTIKEL PENUH SILA LAYARI
http://marts7.blogspot.com/2005_04_01_marts7_archive.html

"Aku memancing kerana keseronokan bukan kerana betul-betul mahukan ikan yang dipancing. Pancing yang digunakan hanyalah sebatang buluh aur yang cantik, tali tangsi dan mata kail kecil yang digunakan untuk ikan-ikan yang bersaiz kecil sahaja. Biasanya ikan yang dipancing adalah ikan puyu sahaja kerana kuantiti mereka yang banyak di mana sahaja. Ikan-ikan lain adalah ikan haruan dan juga ikan keli. Tapi oleh kerana umpan yang digunakan untuk ikan haruan dan keli adalah cacing, aku tidak suka memancing ikan-ikan tersebut. Pertamanya aku agak geli dengan cacing, apatah lagi mahu mengorek tanah mencarinya. Keduanya siapa yang hendak makan ikan yang diketahui makan cacing? Ketiganya untuk ikan-ikan ini, mata kail, tali dan joran yang lebih besar perlu digunakan. Tapi jika ikan puyu yang dipancing tapi ikan lain yang membaham, aku tidak pernah menolaknya.

Waktu ideal untuk memancing adalah waktu tengah hari, itu kata emak dan ayah. Mungkin kerana ikan tengah lapar hendak makan tengah hari agaknya. Atau mungkin juga kerana waktu tengah hari ikan kurang aktif, jadi mudah untuk memancingnya. Biasanya aku memancing selepas pulang dari sekolah, itupun jika tiada kelas tambahan atau aktiviti sukan. Tempat kegemaran adalah kolam di belakang rumah dan juga sawah. Jika di sawah, air yang cetek dan jernih membolehkan kita melihat kawanan ikan di celah-celah rumpun padi, jadi kita tahu di mana mahu melabuhkan mata kail. Tambahan pula, aku suka memancing sambil duduk di bawah pokok mangga. Kadang-kadang aku memancing sambil makan buah mangga muda. Di kawasan kampung aku, pokok mangga ditanam di sepanjang ‘perenggan’ atau ‘batas’ yang dibuat untuk memisahkan kawasan sawah padi kita dengan kawasan sawah orang lain. Biasanya aku memancing bersama adik lelaki aku atau pun kakak bongsu yang rajin mengikut sekali. Biasanya dia cuma mahu duduk sambil makan buah mangga, bukan memancing. Umpan yang aku gunakan adalah anak ikan haruan yang sudah diperam dengan asam dan garam (untuk menarik ikan dengan baunya) atau pun anak kerengga yang belum matang - rupanya seperti permaisuri ana-anai yang gemuk dan berwarna putih.

Ikan puyu adalah ikan yang paling biasa dipancing di kampung aku. Ikan ini juga sangat kuat daya tahannya, walaupun sudah luka selepas dipancing ia masih lagi boleh hidup selagi tidak dijadikan hidangan untuk makan. Adalah menjadi kebiasaan untuk mendapat berpuluh-puluh ekor untuk satu sesi memancing, kadang-kala boleh mencecah ratusan ekor jika aku, adik, kakak dan abang memancing sekali. Aktiviti yang juga merupakan satu riadah kepada kami. Emak akan menyimpan hasil tangkapan kami di dalam sebuah guri yang besar. Ikan puyu agak sukar untuk disiang kerana sisiknya yang keras, ditambah pula dengan giginya yang kelihatan seperti piranha dan juga siripnya yang tajam, boleh melukakan jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Biasanya emak akan masak ikan puyu masak lemak bersama pisang muda (gulai darat), digoreng garing atau pun masak bercili. Sangatlah terasa puas hati apabila hasil tangkapan anda dihidangkan untuk makanan sekeluarga."



© Pidgin Technologies Ltd. 2016